Pengasas

Pusat Rawatan Qalbun Sakinah (PG0230892-K) diasaskan oleh Ustaz Azarudin Bin Othman. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah pondok Tuan Guru Hj Adnan bin Abdul Majid, Sg Karangan Kedah,Menyambung Pengajian Diploma Syariah Undang-undang di Kolej Islam Teknologi Antara Bangsa Pulau Pinang dan pernah berkhidmat sebagai guru kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan kini berkhidmat secara sepenuh masa dalam bidang perubatan Islam di Pusat Rawatan Qalbun Sakinah. Hingga kini, beliau masih meneruskan pengajian di pondok Tuan Guru Hj Adnan. Dari segi perubatan Islam, beliau mempunyai kelulusan peringkat Master dalam bidang metafizik dan rawatan dari Mindgym Development and Training Centre.


Dilahirkan di Kulim, Kedah dan telah berumahtangga, Ustaz Azarudin Othman mempunyai pengalaman hampir 5 tahun dalam memberi rawatan alternatif bagi pelbagai jenis penyakit. Pada asalnya, rawatan yang dijalankan di rumah beliau dan di rumah pesakit, namun atas permintaan yang menggalakkan dari orang ramai, maka tertubuhlah Pusat Rawatan Qalbun Sakinah yang terletak di Serdang, Bandar Bharu, Kedah. Beliau berharap dengan penubuhan Pusat Rawatan Qalbun Sakinah ini, bukan sahaja dapat membantu pesakit-pesakit malah dapat memberi bakti kepada pelbagai lapisan golongan masyarakat tidak mengira agama, bangsa mahupun budaya dengan kos rawatan yang amat berpatutan.

Artikel Akhbar: Ustaz Azarudin di Sinar Harian